-->
banner here
Powered by Blogger.

Netizen Tegur Pengunaan Basikal ‘EUC’ Di Lebuh Raya Berbahaya Dan Kurang Ciri Keselamatan

advertise here


Basikal EUC mula menarik perhatian orang ramai kerana 
reka bentuknya unik dan futuristik serta bersaiz kompak yang memudahkan pengguna membawa kenderaan tersebut ke mana-mana.

Sedikit info mengenai kenderaan ini, basikal Electric unicycle (EUC) merupakan sebuah pengangkutan self balancing yang hadir dengan satu roda utama, motor elektrik, motor, bateri dan bahagian elektronik lain.

Baru-baru ini orang ramai berkongsi pelbagai pendapat tentang penggunaan EUC di kawasan lebuh raya setelah melihat beberapa gambar keping gambar tular di mana seorang lelaki menunggang kenderaan tersebut di lebuh raya.



Difahamkan lelaki ini telah menggunakan basikal EUC sebagai pengangkutan utama ke tempat kerja sejak beberapa tahun lalu. Menurut orang ramai, lelaki tersebut menggunakan kenderaan itu kerana fobia menaiki motosikal.

Namun tindakkan lelaki tersebut telah menarik perhatian orang ramai yang majoritinya tidak bersetuju dengan penggunaan basikal EUC terbabit di kawasan lebuh raya atas faktor keselamatan.

Tambah orang ramai lagi, pengguna basikal EUC mempunyai risiko lebih tinggi terdedah kepada kemalangan berbanding penggunaan motosikal kerana kekurangan ciri-ciri keselamatan pada basikal terbabit.

Pada masa yang sama ada pengguna media sosial mendakwa dia salah seorang kawan kepada lelaki terbabit berharap agar orang ramai mendoakan yang baik-baik kepada rakannya.

Ada juga netizen mendakwa orang Malaysia masih tidak boleh menerima perubahan teknologi pengangkutan masa kini yang telah menjadi salah satu alternatif bagi mengurangkan kesesakan jalan raya.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih