Pandelela Bongkar Dulu Ada “Coach” Suka Buat Lawak Lucah, ”Saya Tegur Dia, Tapi Kena Buli Balik”
Menurut Pandelela melalui hantarannya, awalnya beliau hanya mendiamkan diri dan pura-pura ketawa kerana takut. Namun Pandelela mengaku sudah tidak tahan dengan lawak sedemikian dan bertindak menegur jurulatih tersebut. Tapi sayangnya dia dikatakan dibuli balik kerana memberi teguran.
“Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik.
“Tujuh tahun kemudian dia buat kes rogol.
“Paling sedih dalam tujuh tahun tu dia buat hal setiap tahun, tapi kami atlet tak boleh buat apa sebab backup besar,” tulis Pandelela dalam ciapannya hari ini.
Pandelela turut menegaskan bahawa lawak tentang rogol tak kelakar. Malah beliau menyeru supaya mangsa perbuatan keji ini tampil membuka suara.
Hantaran Pandelela sebentar tadi turut mendapat perhatian Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin yang pernah memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan beberapa tahun lalu.
Jelas Khairy, walaupun keputusan yang diambil pihaknya beberapa tahun lepas masih dikritik sesetengah pihak, namun beliau tidak pernah menyesal akan keputusan yang dibuat berkait isu ini.
Tambah beliau, keselamatan atlet dari segi fizikal dan mental adalah lebih penting daripada kilauan sebuah pingat.
Dulu saya ada seorang coach ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun fake laugh sebab takut dia. Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik. 7 tahun kemudian dia buat kes rogol. #rapejokeisnotfunny
— Pandelela Rinong (@Pandelela_R) October 21, 2021
Tapi paling sedih dalam 7 tahun tu dia buat hal setiap tahun. Tapi kami atlet tak boleh buat apa, sebab backup besar dia adalah head coach kami sendiri.
— Pandelela Rinong (@Pandelela_R) October 21, 2021
Sumber: Siakap keli
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih
0 Response to "Pandelela Bongkar Dulu Ada “Coach” Suka Buat Lawak Lucah, ”Saya Tegur Dia, Tapi Kena Buli Balik”"