Pemandu Hilux Didakwa Enggan Beri Laluan Kepada Dua Ambulans Dalam Kecemasan


Semua orang sedia maklum sekiranya terdengar siren daripada mana-mana 
ambulans, pengguna jalan raya lain perlu memperlahan dan ketepikan kenderaan ke kiri dan kanan jalan bagi memberikan laluan kepada ambulans tersebut.

Namun, sebaliknya berlaku apabila pemandu Toyota Hilux ini didakwa tidak mahu memberikan kerjasama untuk memberikan laluan kepada dua buah ambulans yang sedang dalam kecemasan.

@pakatanofficial

♬ bunyi asal - Pak_Atan_Official

Walapun Hilux tersebut mempunyai banyak kali peluang untuk masuk sebentar ke laluan kiri jalan untuk memberikan laluan kepada dua buah ambulans di belakangnya, pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut dilihat tetap ‘berkeras’ duduk memandu di laluannya.

Video tersebut telah mendapat perhatian orang ramai yang kecewa dan marah dengan pemandu Hilux itu yang didakwa langsung tidak menghiraukan situasi kecemasan kedua-dua ambulans tersebut.

Menurut orang ramai lagi, kejadian yang tidak bertimbang rasa tersebut dipercayai berlaku di sekitar kawasan Temerloh, Pahang.

Tambah netizen lagi, oleh sebab itu kadang-kala ada Unit Ronda Bermotosikal (URB) turut ada bersama mendahului jalan bagi memastikan kelancaran perjalanan ambulans.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih