Pengaruh Drama Korea Antara Punca Remaja Bunuh Diri, Kenyataan Senator Ini Dikecam Netizen
Menerusi perkongsian Harian Metro, dalam sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara semalam, Senator Mohd Apandi Mohamad telah membangkitkan isu dimana pengaruh drama Korea menjadi faktor kecenderungan bunuh diri dalam kalangan masyarakat terutama sekali golongan remaja.
PAS Senator Mohd Apandi claims that Korean dramas have contributed to teenage suicides in Malaysia.
— BFM News (@NewsBFM) October 13, 2021
He told the Dewan Negara, K-dramas tend to depict suicides as common for those who feel they have failed in life.
"Agree or not, when there’s a failure, there’s suicide.” pic.twitter.com/TfwsnUfXJ2
Pendapat Senator Mohd Apandi Mohamad disokong oleh Senator Fadhlina Sidek dimana ada drama Korea yang mengandungi elemen bunuh diri serta mengatakan sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan golongan bawah umur membunuh diri. Malah, media juga memainkan peranan penting untuk melaporkan kejadian bunuh diri secara beretika.
Kenyataan tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi berhubung isu terbabit. Ada netizen tidak bersetuju dengan pendapat tersebut dan mengatakan lebih banyak drama Korea yang memberi inspirasi.
Ada statistik? Takkan bentang kat parlimen with no statistik kot? It could be true disebabkan pengaruh drama and tak boleh juga diketepikan. But this one cakap seolah seolah drama Korea ni 90% menjadi faktor bunuh diri dalam kalangan remaja? Anyway, please give us the statistic. https://t.co/FO03DMNmRz
— yana🐇 | ia (@csbnrawrrr) October 13, 2021
rakyat ramai kena buang kerja, jalan lubang sana sini. Drama Korea jugak kau masukkan dalam parlimen. Alah bodoh nya menteri malaysia nie https://t.co/a3J6huGseJ
— farahkyu (hiatus) (@farahkyu) October 13, 2021
Bukan itu sahaja, para netizen juga mengatakan bahawa bukanlah drama yang mempengaruhi tetapi kesihatan mental tidak diambil peduli oleh sesetengah masyarakat. Malah, ada juga yang memandang serong terhadap individu yang sedang murung dan mengalami masalah mental.
Rata-rata netizen mengatakan seharusnya sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu, perlulah disokong dengan fakta dan statistik. Isu ini kini menjadi bualan netizen di media sosial.
Sumber: the vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih
0 Response to "Pengaruh Drama Korea Antara Punca Remaja Bunuh Diri, Kenyataan Senator Ini Dikecam Netizen"