Perkongsian Hairul Azreen Raih Perhatian Netizen Kerana, Bawa Keluarga Melancong Naik Helikopter


Sejak kerajaan mengumumkan kebenaran 
rentas negeri, pasti ramai sudah tidak sabar mahu bercuti dan juga mahu pulang ke kampung.

Maka, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha turut tidak melepaskan peluang ini untuk bercuti bersama keluarga. Semalam, mereka telah berkongsi di Instagram dimana mereka melancong ke sebuah pulau dengan menaiki helikopter.

Difahamkan, Hairul telah menempah helikopter untuk keluarganya itu agar dapat menikmati percutian tanpa perlu bersesak di lapangan terbang. Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen mengatakan bahawa tidak salah kalau mampu untuk naik helikopter ke destinasi pilihan.

Malah, ada juga netizen secara berseloroh mengatakan bahawa keluarga Hairul kaya kerana mampu menyewa helikopter. Para netizen juga mendoakan percutian Hairul dan keluarga selamat.

Sumber: The vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih