-->
banner here
Powered by Blogger.

Polis Rampas Toyota Camry Setelah Bekas Exco Melaka Enggan Pulangkan

advertise here


Beberapa hari lalu kemelut politik negeri Melaka menarik perhatian ramai apabila bekas Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Norhizam Hassan Baktee enggan berkerjasama untuk memulangkan kenderaan rasmi milik kerajaan negeri.

Susulan itu, pada pagi tadi polis Melaka telah merampas kenderaan rasmi yang diletakkan di aras tiga tempat letak kereta sebuah kondominium di Jalan Tun Perak yang dipercayai disewa oleh Exco berkenaan sekitar pukul 11.20 pagi, lapor Astro Awani.

Kereta jenis Toyota Camry bewarna hitam itu dirampas selepas salah seorang kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri membuat laporan polis dan Mahkamah Majistret Ayer Keroh mengeluarkan waran geledah terhadap bekas Exco Negeri Melaka tersebut.

Tambah Harian Metro pula, sehingga kini seramai lima saksi sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Sebelum ini Datuk Norhizam Hassan Baktee menggesa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Melaka menganjurkan program khusus penyerahan kenderaan semua EXCO di Melaka susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang membawa kepada perletakan jawatannya itu.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih