-->
banner here
Powered by Blogger.

Sijil Vaksin MySejahtera Bermasalah, Mungkin Tak Buat Proses Verifikasi Ini

advertise here

Tahukah anda, hampir 70% masalah rekod vaksinasi dan sijil vaksinasi digital tidak dikemaskini dan tidak dipaparkan ke dalam account MySejahtera adalah kerana proses verifikasi dan pengesahan untuk vaksinasi tidak dilakukan terlebih dahulu.

Perkara ini dikongsikan oleh laman Twitter rasmi MySejahtera.

Ayuh, kami kongsikan cara melakukan proses verifikasi vaksinasi di MySejahtera langkah demi langkah.

Cara Melakukan Proses Verifikasi Vaksinasi Di MySejahtera
Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mendapatkan sijil MySejahtera anda yang lengkap dan dikemaskini:

Buka aplikasi MySejahtera dan pergi ke laman utama MySejahtera (ikon Home / Rumah) seperti dalam gambar di bawah
Tekan ikon Vaksinasi COVID-19
Tekan Vaksin Untuk Anda / Tanggungan Anda.
Pastikan maklumat anda adalah tepat.
Tekan ikon Sahkan.

Pengguna perlu menjawab beberapa soalan di laman seterusnya.

Sila jawab semua soalan sehingga selesai.

Jika laman vaksinasi didapati seperti berikut, sila sahkan temujanji terlebih dahulu.

Sila tekan pautan yang ditandakan dalam gambar di bawah untuk mengesahkan kehadiran temujanji vaksinasi anda.

Selepas proses memuatnaik rekod vaksinasi oleh pihak MySejahtera berjaya dilakukan, rekod vaksinasi dan dijil vaksinasi digital akan dikemaskini dan dipaparkan ke dalam aplikasi MySejahtera.


Pengguna perlu sentiasa semak laman vaksinasi di dalam aplikasi MySejahtera.

Rujuk video yang disertakan di bawah ini :

Sumber: Semakan Online