‘Tak Bataklah Nak Rentas Negeri’- Rita Rudaini Terkilan Dengan Sikap Netizen Yang Busuk Hati


Sebelum ini, Rita Rudaini mengakui tidak kisah namanya digugurkan daripada mana-mana drama termasuk drama 100 episod kerana belum mengambil vaksin.

Terbaharu, Rita akui ‘bingung’ dengan tindakan segelintir pihak yang turut dirasakan dengki terhadapnya dalam satu perkongsian di Insta Story. Malah, dia tidak kisah jika tidak dapat pulang ke kampung ataupun bercuti.

Rita berasa hairan kenapa ada individu yang sudah cukup syarat untuk merentas negeri bersikap busuk hati dan dengki terhadap dirinya. Tambahnya, apa yang penting sekarang hanyalah kesihatan dirinya dan keluarga.

Dalam perkongsian lain, Rita mendoakan agar mereka yang merentas negeri selamat tiba ke destinasi masing-masing. Namun, Rita sempat menyindir netizen yang sering memaki hamun dirinya sebenarnya sedang ‘berzikir’.

Umum mengetahui, Perdana Menteri telah mengumumkan kebenaran merentas negeri kepada individu yang sudah lengkap vaksinasi pada Ahad lalu.

Sumber: the vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih