-->
banner here
Powered by Blogger.

“Terasa Sakit Seperti Dicucuk,” Bibir Wanita Bengkak, Terkejut Temui Lipan ‘Tergantung’ Di Mulut Ketika Tidur

advertise here


Bibir seorang wanita menjadi bengkak selepas seekor lipan menggigit bibirnya ketika waktu tidur, lapor Daily Star.

Nataly Galdino, 21, terpaksa dikejarkan ke hospital dan mengambil masa selama dua hari kelihatan seperti mempunyai fillers kerana serangga itu, lapor Mirror.

“Saya sedang tidur ketika itu dan terasa seperti dicucuk pada bahagian bibir atas. Saya lihat ia melekat pada selimut dan menyengat mulut saya. Tapi kerana gelap, saya hanya menarik sahaja,” jelasnya.

“Saya cuba tarik benda itu selama 5 minit, tetapi ia tidak mahu melepaskannya. Saya terus bangun dari katil, hidupkan lampu dan melihat ada lipan yang besar pada bahagian mulut.

Dia terus bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan memandangkan dia juga mengalami sesak nafas. Mulutnya serta merta mula membengkak dan doktor telah memberikan ubat tahan sakit dan alahan. Bengkak yang dialaminya mengambil masa selama dua hari untuk surut.

Wanita itu juga mengatakan bahawa dia kurang mengetahui tentang serangga itu, sama ada racunnya boleh berbahaya atau boleh membawa maut.

Kini, keadaannya semakin pulih dan dia turut berkongsikan pengalaman yang ‘mengerikan’ ini kepada pengikutnya. Dia meminta agar semua peka dengan sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling.

Sumber: Siakap keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih