Terpaksa Tipu Ellie Suriaty Pergi Bengkel Kereta, Azri Iskandar Tekad Ambil Suntikan Vaksin


Sebelum ini, pelakon
 Ellie Suriaty telah menemani dua anaknya ke balai polis untuk membuat laporan demi mempertahankan hak mereka. Tindakan tersebut diambil kerana menolak vaksin COVID-19 yang dilaksanakan kerajaan terhadap pelajar sekolah.

Menurut laporan, suami Ellie Suriaty iaitu Azri Iskandar yang juga seorang pelakon telah mengambil suntikan vaksin dan lengkap dua dos tanpa pengetahuannya

Difahamkan, Azri telah melengkapkan suntikan vaksin pada 16 Ogos yang lalu dan tindakannya itu diambil kerana bimbang tiada kerja selepas kerajaan menetapkan syarat wajib untuk lengkap vaksin sebelum dibenarkan kembali ke set penggambaran.

Menurut Azri, beliau terpaksa berbohong kepada Ellie dengan memberi alasan bahawa dirinya ingin ke bengkel kereta tetapi hakikatnya dia bersama anaknya, Nur Anis Mastura menuju ke klinik di AU5.

Tambahnya, walaupun tidak sependapat mengenai penerimaan vaksin dengan isterinya tetapi itu tidak menggoyangkan rumah tangga mereka. Malah, Azri berharap agar suatu hari nanti Ellie dan anak-anaknya terbuka hati untuk mendapatkan suntikan vaksin demi keselamatan diri.

Sumber: The Vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih