-->
banner here
Powered by Blogger.

Tindakan Baim Wong Marah Pak Cik Tua Raih Pelbagai Reaksi Netizen

advertise here

Baru-baru ini tular sedutan video konten YouTube milik pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong. Menerusi video terbabit, dapat dilihat Baim memarahi seorang pak cik tua dan seharusnya bekerja bukannya mengemis.
@wordafrica

😔#baimwong #baimpaula #xyzbca knpa tiba2 jdi gini.

♬ bunyi asal - Dunia afrika - cek mi
@irwan_gandok

Balas @claudiaytr30 #baimwong marah sama bapak yg ngintilin baimwong,,

♬ suara asli - gandok

Bukan itu sahaja, Baim juga turut memberikan wang kepada ‘Grab Rider’ dihadapan pak cik tua tersebut. Hal itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen tidak setuju dengan cara Baim.

Rata-rata netizen berasa kecewa dengan Baim Wong yang kelihatan ‘biadab’ dan para netizen bersependapat jika dia tidak mahu membeli tidak perlu melabel pak cik tersebut sebagai pengemis.

Bukan itu sahaja, para netizen turut berasa kasihan dengan pak cik itu kerana ‘dihina’ sedemikian rupa. Malah, ada juga yang berpendapat sebaliknya dan mengatakan mungkin ada alasan tersendiri daripada tindakan Baim itu.

Menerima kecaman hebat netizen Indonesia dan Malaysia, Baim Wong telah menjelaskan hal sebenar yang terjadi. Menurutnya, ketika dalam perjalanan pulang, pak cik tersebut telah meminta wang kepadanya dan hal tersebut tidak dirakam.

Tegas dengan prinsip, Baim tidak mempedulikan rintihan pak cik tersebut dan meneruskan perjalanan pulang. Akan tetapi, pak cik itu mengikutinya ke rumah dan memanggilnya.

Lantaran itu, Baim yang tidak menyukai orang merendahkan diri untuk mendapat belas kasihan bertindak ‘marah’ pak cik tersebut. Malah, Baim juga menerima kecaman dengan hati terbuka jika ada pihak yang tidak menerima sikapnya kepada pak cik tersebut.

Sumber: The Vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih