-->
banner here
Powered by Blogger.

Tindakan YouTuber Ini Undang Kemarahan Netizen Kerana, Acah Tampar Dan Ganggu Wanita Tidak Dikenali

advertise here


Akhir-akhir ini, dapat dilihat sudah menjadi kebiasaan di mana para YouTuber menghasilkan konten yang penuh dengan kontroversi sebelum tampil memohon maaf selepas diserang oleh para netizen.

Situasi yang sama nampaknya berlaku sekali lagi melibatkan YouTuber Mizan Majid menerusi sebuah video yang dimuat naik pada 7 Oktober lalu. Menerusi video tersebut, YouTuber yang terdiri daripada dua individu tampil dengan konten dengan acah menampar individu tidak dikenali di sebuah pasar di Kuala Lumpur.

Apa yang dilakukan YouTuber Mizan dan Man ini adalah berada di eskalator dan mengacah mereka yang berada di eskalator bertentangan. Tindakan yang dibuat nyata menakutkan mangsa yang terdiri daripada dua wanita yang dilihat lari daripada dua YouTuber tersebut.

Meskipun YouTuber ini berjaya menemui para mangsa dengan memaklumkan ia hanyalah sekadar prank serta memaklumkan video tersebut sekadar dihasilkan untuk hiburan penonton, para netizen nyata kurang senang dengan prank yang dihasilkan.

Malah, video tersebut telah menerima jumlah dislike empat kali ganda melebihi jumlah like yang diterima. Berikut merupakan respon netizen yang berang dengan konten yang dihasilkan.

Menerusi kecaman yang diterima oleh para netizen, YouTuber ini tampil dengan video permohonan maaf empat hari selepas video asal dimuat naik. Menerusi video tersebut, beliau tampil memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai dan juga dua wanita tersebut atas tindakan yang dibuat.

Menurutnya, tidak ada manusia yang sempurna dan sering kali tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Mereka juga berharap para netizen dapat memaafkan atas tindakan yang dilakukan.

Dalam pada itu Mizan Majid memaklumkan beliau akan terus menghasilkan video prank yang boleh diterima rakyat Malaysia kelak sebagai konten di YouTube dan meminta orang ramai terus menyokong ‘karya’ beliau.

Sumber: The Vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih