Tonton John Cena Berbahasa Melayu Dalam Video Terbaharu Softyank
Sofyank adalah antara pencipta kandungan yang sering mendapat tempat dikalangan masyarakat. Lelaki kelahiran Kelantan ini berjaya mencuri tumpuan apabila telah bekerjasama dengan ramai selebriti terkenal antarabangsa.
Terbaharu, melalui video yang dimuat naik di laman Twitter. Sofyank sekali lagi mencipta kejutan apabila bekerjasama dengan seorang pelakon dan juga ahli gusti profesional iaitu John Cena.
Okay ramai eh smalam cakap tak nampak john! 😂 okay dalam video ni korang dah nampak ke belum? #Fast9 #NowShowing #IMAX @UIPMalaysia pic.twitter.com/yWnZhuTGij
— sofyank96 (@sofyank96) October 29, 2021
Melalui video yang dimuat naik, John Cena dan Sofyank sedang mempromosikan filem terbahaharu Fast and Furious 9 yang sudah pun menemui peminat di pawagam beberapa negara termasuk Malaysia.
Sejak dimuat naik di laman Twitter, video tersebut telah mendapat 8,000 ciapan dan lebih 14,000 tanda suka. Kebanyakan netizen memuji Sofyank yang sudah berjaya bekerjasama dengan beberapa artis antarbangsa.
Sumber: The vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih
0 Response to "Tonton John Cena Berbahasa Melayu Dalam Video Terbaharu Softyank"