Wanita Ini Terpaksa Bayar Hak Milik Strata Berjumlah RM15,000, Kerana Kesal Beli Rumah Tanpa Ilmu
Itulah apa yang terjadi kepada pengguna Twitter @LinKitMy dimana beliau berkongsi penyesalannya membeli rumah tanpa ilmu. Menurutnya, beliau ingatkan membeli rumah ini hanya perlu setakat mampu bayar bulanan, cukai pintu dan cukai tanah tetapi sebenarnya lebih daripada itu.
Salah satu benda ralat me & husband did was beli rumah untuk anak-anak tanpa ilmu. Ingatkan setakat mampu bulanan, cukai pintu, cukai tanah etc.
— Liyana Abdul (@LinkitMy) October 1, 2021
Masa pandemik ni baru tahu kalau beli kondo (high rise) kena bayar 10-15k for strata title. Benda ni tak diberitahu masa beli 😒 pic.twitter.com/UsEl5HJa96
Menerusi perkongsiannya, beliau yang membeli sebuah kondominium terkejut kerana perlu membayar hak milik strata berjumlah sehingga RM15,000 disebabkan hartanah berstatus strata.
Bagi anda yang tidak tahu, ‘strata’ adalah hak milik berasingan bagi setiap unit atau petak dalam bangunan dua tingkat atau lebih yang dibina atas sebidang tanah yang sama dan berkongsi akses kemudahan bersama.
Kalau tanya agent/developer usually mereka akan cakap “OK je kalau taknak bayar strata.”
— Liyana Abdul (@LinkitMy) October 1, 2021
For me tu untuk sedapkan hati je. Without strata title means rumah u masih belongs to developer. Walaupun kat bank nama u.
Dia jadi complicated kalau developer bungkus, or u nak jual rumah.
Tambahnya, jika tidak membayar status strata bermaksud rumah masih lagi menjadi milik pemaju walaupun di bank nama anda. Akan wujud isu apabila pemaju muflis atau anda mahu jual rumah anda kelak.
Malah, status strata ini tidak dikira sekali dalam pinjaman rumah kerana ia bukanlah seperti bayaran guaman. Liyana mengatakan dia membeli rumah ini ketika sudah siap, hanya perlu pindah masuk sahaja.
Anyway FYI untuk unit ni I beli dah siap. Ready to move in unit. I beli direct from developer, bukan agent. Developer ni pun well known in Selangor.
— Liyana Abdul (@LinkitMy) October 1, 2021
Also to be safe, beli lah rumah dah siap atau at least dah naik foundationnya berbanding hanya tengok showroom model sahaja...
Liyana turut nasihatkan jika anda mahu membeli rumah kelak, jangan bayar bulanan menggunakan EPF akaun 2 kerana duit simpanan akan habis buat bayar ‘interest’ bank sahaja.
Awalnya Liyana dan suami membeli rumah tersebut pada tahun 2017 untuk anaknya tetapi kini baru terasa perit kerana perlu bayar strata. Beli rumah adalah satu bebanan selagi masih belum habis bayar.
Sumber: The Vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih
0 Response to "Wanita Ini Terpaksa Bayar Hak Milik Strata Berjumlah RM15,000, Kerana Kesal Beli Rumah Tanpa Ilmu"