Angkara Berebut Pam Minyak, Penunggang Motosikal Sanggup Pukul Warga Emas Guna Topi Keledar
Pada awal rakaman video tersebut, mangsa yang memandu Proton Perdana serta penunggang motosikal terbabit dilihat bergerak seiringan menuju ke pam minyak yang sama sebelum warga emas terbabit memberhentikan keretanya di pam minyak tersebut.
Setelah warga emas keluar daripada keretanya, penunggang motosikal itu meluru ke arahnya lalu berlaku pertengkaran kecil di antara kedua-dua belah pihak. Sejurus selepas itu, penunggang motosikal membuka topi keledar yang dipakainya lalu memukul pada bahagian kepala warga emas tersebut.
Rakaman video CCTV itu telah mengundang orang ramai mengecam tindakan ‘kurang sabar’ penunggang motosikal terbabit sehingga menyebabkan warga emas itu jatuh rebah di tempat kejadian.
Orang ramai berharap agar pihak PDRM dapat mengesan dan mendakwa penunggang motosikal terbabit ke muka pengadilan kerana mencederakan warga emas gara-gara tidak dapat bersabar hanya seketika.
Sumber: The vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.
0 Response to "Angkara Berebut Pam Minyak, Penunggang Motosikal Sanggup Pukul Warga Emas Guna Topi Keledar"