‘Bagusnya Ajar Anak Hormat Orang’ – Ibu Bapa Ini Dipuji Didik Anak Hargai Pemungut Sampah
Seperti pasangan suami isteri ini yang mengajar anak mereka bahawa hormat dan bersikap baik pada semua orang adalah perkara asas sebagai seorang manusia, walaupun dia bekerja sebagai pemungut sampah.
Pengguna TikTok @denik923 baru-baru ini berkongsi video dia dan isterinya mendidik anak mereka untuk menghargai pekerja kebersihan ketika sebuah lori sampah Alam Flora sedang melaksanakan tugas mereka.
@denik923 #kamihargai #alamflora ♬ original sound - Denik
Diiringi oleh ibu bapanya, kanak-kanak itu kelihatan berjalan ke arah pekerja Alam Flora untuk menyerahkan beberapa minuman kepada pekerja Alam Flora. Pekerja itu membongkok duduk dan tersenyum melihat telatah anak kecil terbabit yang ditemani oleh ibunya sambil ayahnya merakam detik manis tersebut.
Selepas menyerahkan minuman kepada pekerja terbabit, bapa kanak-kanak itu memberitahu budak lelaki itu untuk mengucapkan terima kasih dan melambai selamat tinggal kepada mereka
Video pendek itu berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia. Kebanyakan mereka memuji ibu bapa tersebut kerana mendidik anak untuk menghormati orang lain tidak kira pangkat mahupun darjat. Sebahagian pula berharap agar ibu bapa lain akan mengikut contoh pasangan suami isteri tersebut.
Sejak dimuat naik, video tersebut telah memperoleh lebih 148,000 tontonan, 11,900 tanda suka dan 300 komen di TikTok.
Sumber: The vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.
0 Response to "‘Bagusnya Ajar Anak Hormat Orang’ – Ibu Bapa Ini Dipuji Didik Anak Hargai Pemungut Sampah"