Berjaya Raih 86 Juta Undian, Kemenangan Janna Nick Muncul Tanda Tanya Buat Netizen
Pelbagai anugerah diberikan kepada artis-artis yang berjaya mengharumkan industri hiburan tanah air. Trofi Bintang Paling Popular untuk anugerah berprestij pada tahun ini dimenangi oleh artis berbakat, Janna Nick.
Artis yang baru berusia 26 tahun itu meraih sekitar 86,374,777 undian bagi membolehkannya membolot trofi Bintang Paling Popular pada malam semalam. Namun kemenangan tersebut telah mendapat pertikaian oleh para netizen di seluruh media sosial.
Dengan cara pengundian tersebut, maka tidak hairanlah jika jumlah undian yang diterima oleh Janna Nick melebihi daripada jumlah rakyat Malaysia yang ada ketika waktu ini.
Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Janna Nick kerana berjaya merangkul trofi anugerah ‘Bintang Paling Popular’ pada tahun ini. Semoga kejayaan ini dapat memberikan dorongan kepada Janna Nick untuk terus mengembangkan bakat serta menyinar di dalam industri hiburan tempatan.
Sumber: The vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.
0 Response to "Berjaya Raih 86 Juta Undian, Kemenangan Janna Nick Muncul Tanda Tanya Buat Netizen"