Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Pentas PBB, Tindakan Tuan Ibrahim Ini Buat Netizen Bangga



Tular sebuah video memaparkan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berucap di Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) di Glasgow, Scotland.

Mencuri tumpuan ramai apabila Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berucap dengan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Untuk pengetahuan anda, beliau mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri sesi rundingan Segmen Peringkat Tinggi di UNFCCC COP-26 yang sedang berlangsung bermula 31 Oktober hingga 12 November ini.


Malah, beliau turut menyelitkan ayat al-Quran yang bermaksud ‘berlaku kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan tangan-tangan manusia’ sebagai pemula bicara. Kini, video ucapan beliau yang berdurasi kira-kira empat minit itu tular di media sosial termasuk WhatsApp, Twitter dan Facebook.

Mendapat perhatian ramai, rata-rata netizen memuji beliau kerana memartabatkan bahasa Melayu dipersada dunia. Malah, ada juga netizen berbangga kerana beliau menggunakan bahasa Melayu dan mengucapkan tahniah kepadanya.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mahukan lebih banyak pemimpin negara menggunakan bahasa Melayu di pentas antarabangsa jika berkesempatan untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Sumber: The vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.