‘Diekori’ Rapat Kereta Tidak Dikenali, Perkongsian Detik Cemas Wanita Ini Raih Perhatian Netizen


Bayangkan anda sedang memandu dan tiba-tiba ada kereta mengekori anda, apa yang anda akan lakukan? Tidak semua orang mampu bertenang apabila berdepan dengan situasi tersebut.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @nurfaatihahmaisarah telah berkongsi sebuah video memaparkan detik cemas yang dialaminya apabila dia dan rakannya diekori rapat sebuah kereta di Jalan Kuching, Kuala Lumpur. Menerusi video tersebut, dapat dilihat Faatihah dan rakannya panik apabila menyedari keadaan tersebut.

@nurfaatihahmaisarah YANG LALU JALAN KUCHING PLEADE HATI HATI! KALAU KENA MACAMNI PLEASE JANGAN BERHENTI! ORANG KALAU NAK BUAT JAHAT DIA TAK FIKIR APA! #fyp ♬ original sound - NurFaatihahmaisarah

Malah, kereta itu bukan sahaja mengekori kereta mereka tetapi juga turut menggunakan lampu tinggi dan menganggu penglihatan mereka. Mereka bernasib baik apabila ada pemandu lori yang baik hati mahu membantu mereka dengan menjauhkan kereta tersebut daripada mereka.

Menurut Faatihah mengatakan mereka yang panik ketika itu tidak terfikir mahu memandu ke balai polis terdekat atau menghubungi polis. Tambahnya, nombor plat kereta tersebut diingatinya dan mungkin akan membuat laporan polis hari ini. Video tersebut turut mendapat perhatian netizen. 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut menzahirkan rasa bimbang dan berharap kejadian ini menjadi pengajaran kepada orang ramai agar tidak berhenti jika berdepan dengan perkara sama dan terus ke balai polis terdekat.

Malah, para netizen juga mengatakan bahawa untuk lebih selamat haruslah keluar bersama rakan dan berharap pelaku itu dapat disiasat kerana tindakannya membahayakan pengguna jalanraya. Rata-rata netizen juga bersyukur kerana Faatihah dan rakannya selamat.

Sumber: The vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.