Dilabel ‘Mangsa Fesyen’, Pakaian Aina Abdul Di ABPBH 34 Curi Tumpuan Netizen
Di sebalik kejayaaan Janna Nick yang diisytihar sebagai Bintang Paling Popular, pakaian penyanyi Aina Abdul nampaknya berjaya mencuri perhatian netizen selepas tampil dengan fesyen yang agak unik.
Mengenakan pakaian serba hitam, Aina Abdul pada kali ini tampil dengan corak bunga yang besar pada bahagian muka sekaligus menjadi ‘hijab’ membuatkan beliau menjadi perhatian ramai. Malah, pakaian beliau turut meraih pelbagai komen daripada para netizen terhadap fesyen yang ditampilkan.
Aina abdul Masuk masked singer lagi sekali??#ABPBH34 pic.twitter.com/DHdfJ5BjYV
— Fzzzry 🇲🇾 (@eG_F) November 13, 2021
The Power Of Aina Abdul #ABPBH34
— Joe Alonzo (@Joe_Alonzo81) November 13, 2021
Credit ; Hardrey Ali pic.twitter.com/0wsBXxlzIm
Aku tak minat Aina Abdul, tapi aku suka dia pakai baju bunga hitam tu. Fesyen artis Malaysia ni play safe sangat.
— Azrul (@azrulizard) November 13, 2021
Berdasarkan komen para netizen, dapat dilihat terdapat para netizen yang kurang bersetuju dengan fesyen yang ditampilkan Aina Abdul malah turut melabel beliau sebagai ‘mangsa fesyen’.
Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang menyukai pilihan fesyen beliau yang menampakkan seolah gaya futuristik serta meminta orang ramai menghormatinya.
Sementara itu, sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fesyen yang dibawakan oleh para artis sempena ABPBH Ke-34, anda boleh kunjungi laman Instagram Vocket Style.
Sumber: The vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.
0 Response to "Dilabel ‘Mangsa Fesyen’, Pakaian Aina Abdul Di ABPBH 34 Curi Tumpuan Netizen"