Dituduh Guna Steroid Untuk Bina Otot, Kim Jong Kook Tampil Jelaskan Perkara Sebenar


Sebut sahaja rancangan realiti Running Man, pasti ramai yang mengenali Kim Jong-kook dimana turut dikenali dengan nama Sparta. Ramai berasa kagum dengan Kim Jong-kook kerana memiliki tubuh yang sasa walaupun usianya bukanlah muda.

Terbaharu, seorang ahli bina badan Kanada iaitu Greg Doucette mendakwa Kim Jong-kook menggunakan bahan terlarang, steroid bagi mendapatkan bentuk badan ‘sado’ yang dimilikinya dan menyatakan mustahil untuk memiliki bentuk badan seperti itu pada usia 45 tahun.

Tambahnya, individu berusia 45 tahun seperti Jong-kook tidak mempunyai tahap testosteron yang menggambarkan bentuk badannya sekarang. Malah, Doucette sanggup bertaruh wang $1 juta (~RM4.16 juta) bahawa Kim Jong-kook menggunakan bahan terlarang.

Hal tersebut mendapat perhatian Kim Jong-kook dan beliau memuat naik sebuah entri baru di saluran YouTube miliknya bagi membalas dakwaan tersebut. Bukan itu sahaja, Kim Jong-kook turut mahu menjalani ujian dopping untuk membuktikan dirinya tidak mengambil steroid.

Tambahnya, hasil badannya itu merupakan hasil usahanya tidak berhenti bersenam dan juga mengamalkan gaya hidup sihat. Malah, Kim Jong-kook juga mengatakan jika sudah terbukti, Doucette boleh menyimpan sahaja wang yang ditaruhkan itu.

Hal ini juga mendapat perhatian para peminat Kim Jong-kook dan rata-rata peminat memberikan sokongan kepadanya kerana tahu bagaimana beliau berusaha untuk mendapatkan badan ‘sasa’ seperti itu.

Sumber: The vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.