Eco-Shop Umum Terpaksa Naik Harga Barang Disebabkan Kos Yang Semakin Meningkat
Terbaharu, melalui hantaran Facebook rasmi Eco-Shop, syarikat itu berkata, “Disebabkan kos barangan semakin meningkat dan pada masa yang sama, kami perlu memegang pada prinsip utama syarikat iaitu menawarkan barangan yang berkualiti, dengan berat hati, kami telah membuat keputusan agar harga jualan kami akan berubah dari RM2.10 kepada RM2.20 (Semenanjung Malaysia) / RM2.30 kepada RM2.40 (Langkawi, Sabah & Sarawak) mulai pada 1 Disember 2021.”
Eco-Shop dalam kenyataan mereka mengesali tindakan menaikkan harga, namun terikat dengan kos barangan yang semakin meningkat dan prinsip utama syarikat yang mahu menawarkan barangan yang berkualiti. Bagi para netizen pula, mereka melihat kenaikan harga barang di Eco-Shop adalah disebabkan kesan inflasi dan ditambah pula dengan kesan pandemik COVID-19.
Sebelum Eco-Shop, sebuah jenama perabot terbesar dunia Ikea turut menjangkakan kenaikan harga barang akan terjadi di premis mereka. Ini berikutan daripada gangguan berpanjangan yang berlaku terhadap rantaian bekalan. Kebimbangan ini dikeluarkan sendiri oleh pemilik jenama terbesar dunia selepas peningkatan kos bahan mentah dan pengangkutan.
Sumber: The vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.
0 Response to "Eco-Shop Umum Terpaksa Naik Harga Barang Disebabkan Kos Yang Semakin Meningkat"