Hanya Dalam Sehari, Karya NFT Namawee Berjaya Terjual Dengan Harga Mencecah RM4.94 Juta


Sejak akhir-akhir ini, sekiranya anda aktif dalam isu melibatkan kriptowang, pastinya anda cukup tahu di mana non-fungible token atau NFT semakin mendapat tempat di kalangan peminat.

Untuk pengetahuan, NFT merupakan suatu unit data yang telah disimpan pada lejar digital yang dikenali sebagai blockchain. NFT boleh merangkumi daripada pelbagai jenis format digital seperti gambar, video, audio dan berkaitan dengan fail digital. Pembelian sesebuah karya sekaligus menjadi pembeli sebagai pemilik karya tersebut.

Menerusi perkembangan dunia NFT, siapa sangka Namawee selaku artis, komposer dan juga YouTuber mencipta sejarah selepas berjaya mencapai jualan mencecah 250.75ETH (~RM4.94 juta) setakat artikel ditulis menerusi karya NFT merangkumi daripada seleksi gambar dan lagu menerusi platform OpenSea.

Lebih mengejutkan ramai, Namawee berjaya mencapai jumlah jualan tersebut dalam tempoh sehari sahaja.

Berdasarkan tinjauan pada laman OpenSea Namawee, dapat dilihat beliau banyak menawarkan karya NFT beliau yang terdiri daripada lagu dengan nombor siri yang berbeza.

Secara purata, karya NFT beliau masing-masing mulai dijual pada harga sekitar 1.55ETH (~RM30,456.06) dan menariknya terdapat karya beliau yang turut dibeli oleh pembeli pertama dengan harga yang lebih tinggi sehingga mencecah 8.88ETH (~RM174,497) untuk satu NFT.

Beliau juga turut memuat naik perkongsian di YouTube dalam menerangkan mengenai NFT serta pemilihan dalam usaha untuk bebas daripada kawalan bank. Tahniah diucapkan atas hasil usahanya selepas berjaya meraih jumlah jualan yang tinggi menerusi penjualan karya NFT.

Tidak mustahil jumlah aset kriptowang beliau akan terus meningkat melihat kepada jumlah karya yang telah beliau mint di platform OpenSea ditambah pula dengan jumlah pembeli yang semakin meningkat.

 
 Sumber: The vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.