Instagram Bakal Kenakan Bayaran Langganan Kepada Pengguna, Bermula RM4.90 Sebulan
Berdasarkan informasi menerusi aplikasi Instagram di App Store, kemaskini terbaharu sudah mula memaparkan In-App Purchases yang merangkumi senarai Instagram Subscriptions yang berharga RM4.90, sementara Instagram Badge pula sedia ditawarkan pada harga bermula RM3.90 sehingga RM19.90 dan semua ini untuk langganan bulanan.
Akan tetapi, masih tidak diketahui maklumat lanjut bagi setiap pakej langganan yang disenaraikan. Terdapat kemungkinan ini adalah untuk pengguna melanggan kepada pencipta konten yang diminati untuk mengakses kandungan eksklusif menerusinya. Maka, sebarang kandungan berasaskan video mahupun gambar hanya boleh dilihat oleh mereka yang berbayar.
Menjadi kebiasaan buat Instagram menguji ciri-ciri baharu kepada kumpulan kecil terlebih dahulu sebelum ditawarkan kepada semua pengguna selepas itu. Sama-sama kita nantikan pengumuman yang lebih terperinci oleh Instagram mengenai langganan bulanan tersebut.
Sumber: The vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.
0 Response to "Instagram Bakal Kenakan Bayaran Langganan Kepada Pengguna, Bermula RM4.90 Sebulan"