Jadikan Straw Coffee Bean Sebagai Pasta, Menu Pelik Lelaki Ini Buat Netizen Keliru
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @kumpenghan telah berkongsi sebuah video memaparkan dirinya mengambil straw Coffee Bean dengan banyak dan juga membeli aiskrim McDonalds. Apa yang mengejutkan adalah, starw tersebut dijadikan pasta dan aiskrim menjadi bahan untuk kuah carbonara.
@kumpenghan They say the straw is turtle friendly. What could go wrong? #coffeebean #straw #Mcd #carbonara #recipe ♬ Comical and a little silly carefree music(831995) - Etsuo Kawasaki
Perkongsian tersebut meraih perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terkejut kerana lelaki itu menjadikan straw Coffee Bean itu sebagai pasta. Malah, memasukkan aiskrim McDonalds ke dalam kuahnya juga cukup pelik dan hasilnya tidak menyelerakan.
Para netizen juga bertanya kepada lelaki tersebut apakah rasa pasta yang dibuatnya kerana dapat dilihat kuah carbonaranya cair bukannya pekat seperti kebiasaan. Tidak hanya itu, ada juga netizen mengatakan pasti selepas ini Coffee Bean akan kenakan caj untuk straw kerana lelaki itu ambil dengan banyak bagi mengelakkan kejadian berulang.
ternampak video ni kat tiktok petang tadi. stress aku dia rebus straw coffee bean jadi pasta 😂 https://t.co/VupunT4UGx
— Khairulaming (@khairulaming) November 15, 2021
Video itu juga mendapat perhatian Khairulaming dan beliau mengatakan terus berasa murung dan stress selepas melihat resipi menjadikan straw Coffee Bean sebagai pasta. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 900 ribu tontonan dan mendapat 73 ribu tanda suka.
Sumber: The vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.
0 Response to "Jadikan Straw Coffee Bean Sebagai Pasta, Menu Pelik Lelaki Ini Buat Netizen Keliru"