Kongsi Lampu Lori Dengan Pak Cik Motosikal, ‘Pertolongan Kecil’ Lelaki Ini Raih Pujian Ramai


Perjalanan seorang diri ketika waktu lewat malam atau awal pagi sememangnya memberikan satu pengalaman yang berbeza jika hendak dibandingkan dengan perjalanan pada waktu pagi. Lebih-lebih lagi jika lebuh raya tersebut tidak mempunyai 
lampu di tepi jalan.

Jika semasa perjalanan ternampak kenderaan bergerak perlahan di hadapan, semestinya kita akan mengambil keputusan untuk memotong kenderaan tersebut dan meneruskan perjalanan untuk sampai ke destinasi secepat yang mungkin.

Tetapi berbeza pula dengan lelaki ini apabila dia berkongsi lampu daripada lori yang dipandunya dengan seorang pak cik yang sedang menunggang motosikal seorang diri dalam gelap malam.


Menurut lelaki ini, dia berasa kasihan apabila melihat lampu belakang motosikal pak cik itu tidak menyala, manakala lampu hadapan pula cuma menyala malap-malap di dalam kegelapan malam.

Jadi dia mengambil keputusan untuk bergerak perlahan mengekori belakang motosikal tersebut untuk membantu menerangi sepanjang perjalanan pak cik itu menuju ke Plaza Tol Lima Kedai yang terletak di Johor Bahru.

Okay, dah sampai tempat terang. Hati-hati pak cik. Semoga selamat sampai tempat yang dituju,” kata lelaki ini pada hujung video yang dikongsikannya.

Hantaran video tersebut telah meraih pujian daripada orang ramai. Menurut mereka walaupun nampak kecil pertolongan lelaki ini, namun ia sangat membantu pak cik tersebut bergerak menuju ke destinasi dengan selamat.

Bagi membalas budi  lelaki ini, ada netizen mengajak orang ramai untuk support lukisan-lukisan yang dibuat pemandu lori ini kerana dia juga seorang yang berbakat dalam seni lukisan.

Siapa sangka ‘pertolongan kecil’ lelaki ini telah mendapat perhatian dan pujian daripada pengguna media sosial lain. Semoga perkongsian ini dapat memupuk kita untuk membantu di antara satu sama lain walaupun pertolongan itu nampak kecil sahaja.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.