Laut Bergelora Dan Hujan Lebat Tidak Berhenti, Netizen Bimbang Lihat Keadaan Di Pulau Perhentian
Terbaharu, beberapa pengguna TikTok yang tinggal di Pulau Perhentian telah berkongsi situasi di pulau tersebut. Menerusi video-video itu, dapat dilihat laut bergelora dan kawasan pantai terhakis disebabkan ombak yang kuat.
@rizalakim kejadian di long beach pulau perhentian...hujan Dari semalam Tak berhenti..doa baik ii je sahabat#foryoupage #pulauperhentian @lucindathurston ♬ original sound - manjalara__
@snrhidayah_ masyaAllah😣😣 #longbeach #perhentianisland🏖 #fypシ #APlus1111Dance ♬ original sound - manjalara__
Selain daripada laut bergelora, dapat dilihat hujan lebat berterusan juga turun di kawasan Pulau Perhentian. Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata menzahirkan kebimbangan kepada penduduk yang berada di Pulau Perhentian.
Bukan itu sahaja, para netizen juga berasa terkejut melihat keadaan di sana dan juga berharap tidak berlaku banjir di sana.
Malah, rata-rata netizen turut mendoakan keselamatan para penduduk di Pulau Perhentian ketika musim tengkujuh ini. Para netizen juga berharap penduduk di Pulau Perhentian menjaga diri dan berharap tiada perkara buruk akan berlaku.
Sumber: The vcoket
0 Response to "Laut Bergelora Dan Hujan Lebat Tidak Berhenti, Netizen Bimbang Lihat Keadaan Di Pulau Perhentian"