Mahu Tandingi TikTok, Instagram Sedia Bayar Pengguna Sehingga RM145,705 Untuk Guna Reels


Seperti yang ramai sedia maklum, sejak 
TikTok mulai menjadi platform pilihan ramai dalam memuat naik video pendek, populariti Instagram dilihat semakin menurun. Malah, hal ini turut mendesak Instagram untuk menwujudkan Instagram Reels dalam menawarkan pilihan yang sama buat para pengguna.

Dalam pada itu, kehadiran Instagram Reels masih belum mampu menyekat orang ramai dalam beralih kepada platform berkenaan sebaliknya TikTok teruts menerima jumlah pengguna yang semakin meningkat.

Terbaharu, CEO Meta, Mark Zuckerberg memaklumkan sedia menawarkan sehingga $1 bilion buat para pengguna dalam usaha untuk menarik perhatian ramai menggunakan Instagram Reels.

Dilaporkan Tech Crunch, pengguna Instagram bakal dihadiahkan sebanyak $35,000 (~RM145,705) dengan jumlah tontonan sekitar 58.31 juta. Selain itu, ganjaran yang lebih rendah bakal turut ditawarkan mengikut jumlah tontonan yang ditetapkan.

Sebagai rekod, setakat September lalu, TikTok sudah berjaya mencapai 1 bilion pengguna aktif sekaligus mendesak Instagram untuk bekerja keras dalam menarik perhatian pengguna. Setakat ini, masih belum diketahui sama ada tawaran ini sedia ditawarkan buat pengguna di Malaysia atau sebaliknya.

Sumber: The vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.