Mahu Tunjuk Handal Dengan ‘Kereta Pinjam’, Pasangan Pengantin Hancurkan Lamborghini Rakannya


Sebagai pengantin baru, semestinya pada hari persandingan itu merupakan salah satu hari paling bermakna buat mereka. Namun lain pula ceritanya berlaku pada pasangan pengantin baru di England apabila mereka berdua terpaksa bermalam di hospital selepas terlibat dalam satu kemalangan.

Memetik laporan Daily Mail, Ali Zaman dan pasangannya telah memandu supercar milik salah seorang tetamu selepas majlis perkahwinan mereka berlangsung pada 15 Februari 2020 lalu.

Semasa berada di satu persimpangan isyarat di Bradford, West Yorkshire, Ali Zaman berjumpa dengan seorang pemandu lain dan telah berlumba bersamanya. Walaubagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pasangan pengantin baru ini apabila mereka berlanggar dengan kenderaan yang mereka sedang berlumba.

Kemalangan tersebut telah mengakibatkan model Lamborghini Huracan milik rakannya yang berharga sekitar £200,000 (RM1.11 juta itu) hancur lalu rentung terbakar. Ali Zaman serta isterinya ketika waktu itu bernasib baik kerana cuma mengalami kecederaan ringan sahaja, manakala pemandu kereta yang lain mengalami kecederaan pada bahagian mata sehingga perlu mendapatkan jahitan.

Pihak mahkamah Bradford Crown mendengar kes Ali Zaman di mana dia telah memandu kereta Lamborghini Huracan berwarna hijau tanpa pengetahuan rakannya. Ali Zaman didapati telah mengambil kunci kereta tersebut di dalam poket kot milik rakannya yang diletakkan di luar dewan perkahwinan.

Apabila rakannya mahu meninggalkan majlis perkahwinan tersebut, dia mendapati kunci kereta tidak ada di dalam kotnya dan dia terus cuba menghubungi Ali Zaman.

Polisi insurans pada supercar itu membenarkan sesiapa sahaja yang mempunyai kebenaran dan berumur lebih dari 30 tahun untuk memandu kenderaan itu. Menurut pencatat Richard Wright QC berkata, Ali Zaman yang ketika itu hanya baru berusia 25 tahun, ‘tidak memenuhi mana-mana kriteria itu’, dan lebih buruk lagi kereta tersebut tidak mempunyai insurans pihak ketiga.

Pihak mahkamah menjatuhkan hukuman pada Ali Zaman dengan hukuman perintah komuniti 18 bulan, dengan syarat menyelesaikan 180 jam kerja tanpa gaji dalam komuniti, hilang kelayakan memandu selama setahun, dan diarah membayar ganti rugi kepada mangsa.

Sumber: The vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.