Orang Ramai Pertikai Tindakan Buang Sampah Atas Kereta Vios Sebagai ‘Hukuman’
Peningkatan penggunaan kenderaan telah menyebabkan kekurangan tempat letak kereta berlaku di serata tempat, lebih-lebih lagi tempat tumpuan ramai. Oleh sebab itu, ada yang terpaksa double park untuk
Baru-baru ini seorang pengguna TikTok ada memuat naik video di mana sebuah Toyota Vios dipenuhi dengan sampah-sarap pada bahagian cermin hadapan dan bumbung kereta tersebut.
@choyweikit omg🤭🤣🤣😂
♬ bunyi asal - muhamad yusof ghazali
Berdasarkan komen-komen yang dikongsikan oleh orang ramai, mereka mendakwa kereta Vios tersebut ‘dihukum’ sebegitu kerana melakukan tiga kesalahan serentak — meletakkan kereta secara double park, tarik handbrake dan tidak meninggal nombor telefon untuk dihubungi.
Ramai yang menyokong ‘hukuman’ tersebut dibuat sebagai satu pengajaran yang tidak dapat dilupakan oleh pemandu Vios itu dan ianya ‘lebih baik’ daripada mana-mana bahagian kereta tersebut ‘dirosakkan’ oleh orang ramai.
Pada masa yang sama, ada juga kurang bersetuju kereta tersebut ‘dihukum’ sedemikian kerana apabila pemandu Vios sudah pasti itu kembali nanti, dia pasti akan meninggalkan sampah-sampah tersebut berlonggokkan begitu sahaja di atas jalan.
0 Response to "Orang Ramai Pertikai Tindakan Buang Sampah Atas Kereta Vios Sebagai ‘Hukuman’"