Pandu Secara Berbahaya, Pemandu Proton Persona Ini Patahkan Cermin Sisi Myvi



Pada hari semalam tular satu rakaman dashcam di mana sebuah Proton Persona menyelit di antara dua buah Myvi yang sedang menunggu lampu isyarat merah.  Proton Persona itu dilihat memecut laju di laluan kecil yang betul-betul memuatkan kereta itu.

Lebih memburukkan keadaan lagi, tindakan pemandu Persona itu telah menyebabkan cermin sisi kereta Myvi berwarna hitam rosak dan patah. Kejadian tersebut dirakam oleh salah sebuah kenderaan lain yang berada dibelakangnya.


Setelah menyelit dan melanggar cermin sisi sehingga rosak, pemandu Myvi dan Nissan Almera cuba dilihat cuba mengejar kereta Persona yang bersalah itu untuk menyelesaikan perkara terbabit.

Rakaman video itu telah menarik perhatian ramai mengecam tindakan berbahaya pemandu Persona tersebut kerana melanggar undang-undang jalan raya serta tidak mengendahkan keselamatan diri sendiri mahupun pengguna jalan raya yang lain.


Rata-rata orang ramai yang telah menonton rakaman video dashcam tersebut mahu pemandu Persona itu ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal dengan tindakan berbahayanya.

Tambah orang ramai lagi, tidak boleh dibayangkan andaikata ada penunggang motosikal sedang menunggu lampu isyarat merah ketika waktu itu. Sudah pasti berlakunya kemalangan yang lebih buruk.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.