‘Pelanggan Yang Mahu Siakap Itu’- Pemilik Restoran Jawab Dakwaan Isu Harga Ikan Berharga RM1,196


Baru-baru ini perkongsian seorang individu menjadi bualan 
netizen apabila mendakwa harga ikan siakap dipesannya mahal di sebuah restoran di Langkawi. Menerusi perkongsian tersebut, harga yang perlu dibayarnya untuk ikan siakap seberat 7.48 kilogram itu
 berharga RM1,196.80.


Dapat dilihat di resit, jumlah keseluruhan bil termasuk hidangan makanan dan minuman lain pula adalah RM1,759.50 untuk tujuh orang makan. Malah, individu tersebut berasa terkejut pada awalnya ketika mahu membuat pembayaran dan menasihati pihak restoran seperti tidak menghidangkan ikan sebesar itu untuk 7 orang makan.

Tidak hanya itu, individu itu juga menyampaikan beberapa teguran lain kepada restoran tersebut. Malah, individu itu juga meminta agar orang ramai berhati-hati agar tidak ‘terkena’ seperti dirinya. Lantaran itu, wakil pemilik restoran itu tampil menjawab dakwaan pelanggannya yang mengatakan harga ikan siakap mahal.

Menurutnya, dia telah meminta pelanggan untuk melihat saiz ikan sebelum dimasak tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian. Malah, dia juga telah mencadangkan kepada pelanggan tersebut untuk mengambil ikan lain kerana lebih sesuai untuk dijadikan hidangan.

Bukan itu sahaja, Norasyikin telah menerangkan kepada pelanggan itu bahawa ikan yang dipesannya itu tidak dijual tetapi dipelihara dalam sangkar untuk dijadikan tontonan pengunjung restoran sahaja. Malah, harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu restorannya iaitu RM16 bagi setiap 100 gram (g).

Norasyikin turut menafikan pihak restoran mengenakan caj tambahan bagi pembayaran menggunakan kad kredit seperti didakwa pelanggan terbabit.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.