Pemandu Timbalan Menteri Mengaku Tidak Bersalah, Mohon Dibicarakan


Sebelum ini 
tular sebuah video pemandu kepada seorang Timbalan Menteri yang dirakam memotong kenderaan di garisan berkembar ketika memandu di Jalan Bukit Marak – Binjai, Kota Bharu.

Sebelum ini, pemandu berkenaan mengaku berbuat demikian adalah kerana sudah terlambat untuk menghantar majikannya ke lapangan terbang.

Timbalan Menteri terbabit telah tampil memohon maaf atas insiden tersebut dan pihaknya akan menerima tindakan undang-undang di atas kesalahan yang dilakukan.

Berdasarkan laporan Harian Metro semalam, pemandu terbabit, Mohd Nazre Che Mustafa, 31, didakwa di Mahkamah Majistret atas kesalahan melanggar peraturan jalan raya. Namun, dia mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.

“Tertuduh hadir bersama peguam dan tidak mengaku salah. Jaminan sebanyak RM4,000 dikenakan dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan 8 Disember untuk serahan dokumen,” kata Superintendan Shuhaimi Jusoh dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan.

Rakaman video yang tular sebelum ini memaparkan kenderaan dengan nombor pendaftaran P45 memotong kenderaan di hadapan di garisan berkembar meskipun terdapat kenderaan lain di atas jalan berkenaan dari arah bertentangan.

Sumber: The vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.