Pemilik Nombor Plat ‘Fancy’ Boleh Didenda Tidak Lebih RM3,000 Jika Bersalah


Umum ramai mengetahui penggunaan nombor play ‘fancy’ pada mana-mana kenderaan adalah dilarang serta salah dari segi undang-undang jalan raya Malaysia.

Namun, masih ramai yang berdegil tetap menggunakan nombor plat pelbagai jenis reka bentuk sehingga menyukarkan pelbagai pihak untuk mengenal pasti nombor pendaftaran jika kenderaan tersebut terlibat dalam apa-apa insiden.

Pada pagi tadi Jabatan Pengangkutan Jalan Raya telah memuat naik peringatan di Facebook rasmi mereka mengenai kesalahan penggunaan nombor plat ‘fancy’, kabur atau mengelirukan ini.


Tambah pihak JPJ lagi, orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi peraturan bagi memasang nombor pendaftaran kenderaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pemilik kereta bakal diambil tindakan untuk ditemu siasat oleh JPJ. Jika didapati bersalah, pemilik bakal dikenakan hukuman tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000 di bawah Seksyen 14 (4) APJ 1987.

Orang ramai juga disarankan untuk melaporkan mana-mana kenderaan yang memasang nombor pendaftaran yang mengelirukan, kabur atau ‘fancy’ di alamat email aduantrafik@jpj.gov.my bersama gambar kenderaan dan butiran lain yang berkaitan bagi memudahkan pihak JPJ mengambil tindakan.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.