Perkhidmatan Rangkaian 5G Pertama Malaysia Dilancarkan Secara Rasmi


Penawaran 
rangkaian 5G di Malaysia berjaya ditawarkan secara rasmi bermula hari ini oleh oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Pelancaran ini selari dengan perancangan untuk meningkatkan taraf kelajuan internet buat rakyat Malaysia.

Bersempena pelancaran peringkat awal ini, perkhidmatan rangkaian 5G bakal diperkenalkan di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya. Malah, difahamkan kerajaan sedia memperluaskan secara berperingkat di kawasan padat penduduk yang merangkumi Pulau Pinang, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak pada tahun hadapan.

Pengenalan rangkaian 5G ini juga bakal membuka peluang yang luas untuk kegiatan ekonomi negara terus bersaing bersama negara-negara lain. Bukan itu sahaja, pelbagai peluang pekerjaan yang boleh ditawarkan kepada penduduk tempatan di dalam sejumlah kegiatan yang berteknologi tinggi.

Bagi kawasan yang terpilih untuk peringkat awal ini, kini anda berpeluang menikmati kelajuan internet sekurang-kurangnya 100Mbps berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kendalian sebelum ini. Dalam masa yang sama, kerajaan sangat komited untuk memperluaskan lagi ke seluruh negara secara berperingkat.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.