Pernah Dihina Sebagai ‘Penagih’, Lelaki Ini Jadi CEO Pada Usia 28 Tahun Hasil Menanam Ganja
Sebagai seorang Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Imagination Garden, Kim mengaku bahawa beliau perlu bersedia untuk menjadi antara pelapor muda pertama negara yang menanam tumbuhan ganja dan berhadapan dengan pandangan masyarakat. Dia yang menggunakan tanaman ganja untuk tujuan perubatan telah melalui perjalanan yang sukar, antaranya adalah diherdik kumpulan masyarakat dan dihina sebagai ‘penagih’ kerana menjual tumbuhan yang terkenal dengan nama sinonim lain, iaitu dadah.
“Memandangkan perkara pertama yang orang Korea kaitkan dengan ganja ialah dadah, ada yang mengejek memanggil saya ‘penagih’,” kata Kim kepada VICE World News sambil menambah bahawa dia masih boleh menerima herdikan tersebut kerana masyarakat Korea Selatan masih belum memahami secara menyeluruh fungsi tumbuhan ganja. “Saya tidak berniat untuk membuat hujah yang radikal. Saya tidak mengatakan kita perlu menghalalkannya untuk kegunaan rekreasi, tetapi kita perlu menggunakan faedah daripada tumbuhan yang diketahui baik untuk penyakit seperti penyakit Parkinson dan epilepsi.”
Sebelum ini, Korea Selatan juga seperti negara Asia Timur yang lain, di mana negara ini mempunyai undang-undang yang ketat terhadap penggunaan ganja. Di bawah undang-undang antidadah, seseorang yang merokok atau memperdagangkan barangan terlarang itu boleh menghadapi hukuman penjara sehingga lima tahun. Tetapi Korea Selatan telah meminda undang-undang pada 2018 dan menjadi negara pertama di Asia Timur yang menghalalkan penggunaan ganja perubatan, dan Zon Bebas Peraturan Hemp Gyeongbuk telah dilancarkan tahun ini.
Bagaimanapun, walaupun Korea Selatan sudah ‘menghalalkan’ penggunaan ganja untuk tujuan perubatan. Namun Kim melihat ia tidak selari dengan penguatkuasaan kerana masih banyak peraturan dan sekatan yang perlu dihadapi oleh beliau dan kumpulan masyarakat. Kim berkata bahawa undang-undang sedia ada terlalu lambat untuk berada bersama dengan perubahan sosial. Sebagai contoh, undang-undang hanya membenarkan pesakit mengakses sebilangan kecil ubat untuk beberapa penyakit dan pesakit pula perlu mendapat kelulusan daripada doktor di beberapa hospital terpilih sahaja.
Tetapi Kim percaya, perubahan dan pemahaman masyarakat Korea Selatan sudah mula berkembang. Menurut VICE, melalui kaji selidik yang dijalankan, lebih satu daripada tiga responden Korea Selatan berkata mereka sedar tentang kesan perubatan ganja atau pernah mendengar mengenainya. “Sekurang-kurangnya, hari ini, orang Korea tidak bertanya kepada saya mengapa anda melakukan ini tidak seperti tahun-tahun lepas. Ini bermakna orang sekurang-kurangnya secara kasar memahami beberapa perkara adalah baik untuk kita. Ini adalah peningkatan yang ketara,” kata Kim.
Sumber: The vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.
0 Response to "Pernah Dihina Sebagai ‘Penagih’, Lelaki Ini Jadi CEO Pada Usia 28 Tahun Hasil Menanam Ganja"