Saksi Bagi Kenyataan Palsu, Lelaki Dilapor Dibebaskan Selepas 26 Tahun Dalam Penjara


Setelah 26 tahun meringkuk di penjara tanpa bukti kukuh, lelaki dari Carolina Utara, Amerika Syarikat ini akhirnya dibebaskan dari kes pembunuhan kelas pertama, lapor BBC.

Dontae Sharpe dikenakan hukuman penjara atas tuduhan membunuh setelah mayat seorang lelaki ditemui dengan luka tembakan di dalam trak pikap miliknya di Greenville, Carolina Utara pada 11 Februari 1994.

Semasa proses perbicaraan, seorang remaja bersaksi melihat Sharpe menembak lelaki kulit putih yang dipercayai mangsa semasa melakukan transaksi jual beli dadah. Saksi tersebut kemudian mengaku melihat Sharpe memasukkan mayat mangsa ke dalam trak berkenaan.

Menurut laporan BBC, beberapa bulan selepas perbicaraan, remaja tersebut menggugurkan kesaksiannya dan mengaku hanya mereka-reka cerita. Malah remaja perempuan itu turut mengaku tiada di sekitar tempat kejadian semasa insiden tersebut berlaku.

Tambah portal berkenaan, pihak berwajib kemudian membebaskan Sharpe pada bulan Ogos 2019 selepas 26 tahun lelaki itu ditahan di penjara. Sharpe turut mendapat pengampunan penuh dari gabenor Carolina Utara, Roy Cooper, dua tahun selepas dibebaskan.

“Lepas keluar dari penjara, saya terkejut bila anak perempuan saya panggil ‘ayah’ dan anaknya panggil saya ‘datuk’.

“Saya tak pernah dapat peluang untuk dekat dengan anak saya, sehingga saya keluar dari penjara 26 tahun kemudian,” kata Sharpe semasa ditemui BBC.

Tambah Sharpe, walaupun kini dia telah bebas dan nama keluarganya berjaya dibersihkan, kebebasannya belum benar-benar tercapai selagi masih ada individu senasib yang dipenjara atas kesalahan yang tidak mereka lakukan.

Menurut Sharpe memetik laporan BBC, dia dibebaskan daripada tuduhan kes pembunuhan kelas pertama setelah pihak berkuasa tidak menemukan sebarang bukti fizikal atau kesan cap jari miliknya.

Setelah mendapat pengampunan penuh dari gabernor setempat, Sharpe bertindak memfailkan permohonan untuk mendapatkan pampasan dari kerajaan negeri.

Sumber: The vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.