Selepas Potong ‘Zig-Zag’ Secara Berbahaya, Myvi Sondol Belakang Kereta Hingga Terbalik


Sehari dua ini 
Facebook Group ‘Myvi Buat Hal Apa Hari Ini’ dikejutkan dengan rakaman dashcam sebuah Myvi melanggar bahagian belakang kenderaan lain sehingga berpusing terbalik di tengah-tengah Lebuh Raya Maju (MEX) susur keluar menuju ke Seri Kembangan.

Di bahagian awal video rakaman berdurasi sekitar 44 saat itu menunjukkan Myvi kuning tersebut memecut laju untuk memotong dengan menyelit beberapa buah kenderaan dari laluan kiri ke kanan lebuh raya sebelum menyondol bahagian belakang sebuah kereta lain.

Impak pelanggaran tersebut telah menyebabkan Myvi itu berpusing dan terbalik beberapa kali di tengah-tengah lebuh raya, lalu berhenti berputar kembali ke posisi asal di lorong kecemasan lebuh raya tersebut.

Pemanduan berbahaya pemandu Myvi itu menyebabkan orang ramai berasa kurang senang dan marah kerana atas sebab kecuaian diri sendiri telah menyebabkan kemalangan berlaku.

Orang ramai juga tertanya-tanya apakah model kereta yang dilanggar oleh Myvi tersebut kerana kereta itu masih boleh bergerak sejauh beberapa puluh meter sebelum pemandu memberhentikan kenderaannya di lorong kecemasan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Semasa dirempuh juga, rakaman video dashcam menunjukkan kereta tersebut masih stabil dan steady umpama dilanggar oleh kenderaan yang lebih kecil berbandingnya.


Memetik perkongsian laman PanduLaju, rakaman video tersebut dikongsikan oleh sahabat kepada pemilik hantaran asal di Facebook Group tersebut. Lelaki itu menyatakan sahabatnya memandu model MPV Honda FR-V semasa kejadian tersebut berlaku.

Kemalangan itu telah menyebabkan kereta MPV mangsa mengalami kerosakan pada bahagian rim kanan belakang bengkok dan tayar pancit, serta panel fender sisi remuk agak teruk.

Tambah lelaki itu lagi, semasa dia sampai ke lokasi kejadian pemandu Myvi tiada di tempat kejadian. Manakala penumpang Myvi pula mengalami kecederaan yang agak teruk.

Semoga kesemua pihak yang terlibat kembali pulih seperti biasa dan menyelesaikan perkara ini dengan sebaik mungkin.

Sumber: The vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.