Seram, Wanita Tercengang Tiba-tiba ’Filter Snapchat’ Kesan Wajah ‘Bertaring’ Di Belakangnya


Kebanyakan aplikasi yang ada pada hari ini dilengkapi dengan bermacam-macam fungsi, lebih-lebih lagi yang bertujuan sebagai penambah baik pengaksesan sedia ada.

Sebagai contoh, jika sebelum ini kita perlu bersolek terlebih dahulu sebelum berswafoto. Tapi kini tidak lagi kerana fungsi ‘filter’ yang ada pada aplikasi sudah banyak membantu.

Antara aplikasi yang memiliki ciri-ciri ini adalah Instagram, TikTok, Snapchat dan seumpamanya. Kebanyakan pengguna sangat suka dengan ‘filter’ kerana ‘hasil’ imejnya lebih cantik berbanding asal.

Namun tidak dinafikan, di sebalik kecanggihan teknologi hari ini, elemen mistik masih wujud di sekeliling kita. Percaya atau tidak, dalam skrin telefon pun boleh muncul makhluk halus tanpa diundang.

Baru-baru ini akaun TikTok @hauntingfactss memuat naik satu video mengenai seorang perempuan yang berswafoto menggunakan ‘filter’ aplikasi Snapchat di sebelah cermin.

Namun detik seram mula terjadi apabila ‘filter’ aplikasi tersebut mengesan wajah seakan makhluk lain pada cermin di belakangnya. Wajah asalnya bertukar menjadi imej cermin, tapi cermin bertukar menjadi makhluk lain.

Apa yang menyeramkan, jelas kelihatan imej wajah tersebut sangat berbeza dengan wajah asalnya. Ia seakan-akan wajah seram makhluk yang bertaring.  Ikuti videonya di bawah ini.

@hauntingfactss

Follow for more ⚠️ #fyp #foryou #xyzbca

♬ Scary - Background Sounds

Sumber: Siakap keli

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.