Tersilap Isi Diesel, Tindakan Pemuda Ini Buang Minyak Atas Permukaan Jalan Cetus Perdebatan Netizen


Saban minggu, ada sahaja aktiviti konvoi berkumpulan menuju ke lokasi-lokasi tumpuan tidak kira di bahagian utara atau selatan negara. Tidak kira kenderaan besar mahupun kecil, ramai pihak tidak melepaskan peluang setelah hampir satu tahun lebih tidak dapat merentas negeri/daerah dengan bebas.

Seorang pengguna TikTok telah berkongsi satu video di mana semasa berkonvoi dengan rakan-rakannya, mereka ‘terpaksa’ mengangkat dan menuang ‘minyak’ keluar daripada sebuah motosikal. Menurut lelaki berkenaan, mereka berbuat sedemikian setelah rakannya telah tersalah memasukkan minyak jenis diesel ke dalam tangki motosikal sendiri.

@nako.detailing

Balas kepada @traitor153 tk fyp pon Xpa 😌#HowLowCanYouGoLazada1111 #fyp ckup ⛔️3k 😆like nak bagi kt kwn kita ni free coating lampu #nakodetailing #

♬ bunyi asal - Fikri Wahab

Namun video tersebut telah menarik perhatian para netizen lain yang berbeza pendapat mengenai cara mereka menuang keluar minyak diesel tersebut di atas jalan raya.

Majoriti yang berpendapat tindakan sekumpulan pemuda itu akan merosakkan permukaan tar yang akan mengakibatkan jalan mula merekah lalu berlubang. Selain itu, ia boleh membahayakan pengguna jalan raya lain apa melalui atas jalan tersebut.

Pada masa yang sama, ada yang menyokong cara mereka menyelesaikan masalah tersebut kerana jika ia dibuang di atas permukaan kawasan berumput, diesel itu akan meresap masuk ke dalam tanah lalu merosakkan ekosistem. 

Menerusi beberapa perkongsian komen yang lain, mereka mencadangkan supaya sekumpulan pemuda tersebut mendapatkan bantuan pihak pekerja stesen minyak yang berhampiran untuk membantu buang minyak diesel daripada motosikal.

Ini kerana mereka sudah mempunyai pengetahuan serta latihan untuk menangani situasi tersebut sekiranya perkara yang sama berlaku kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.