Tiga Lokasi Di Malaysia Bakal Tenggelam Menjelang 2050
Menerusi kaji selidik yang dikeluarkan oleh Nature Communication, dengan menggunakan Digital Elevation Models (CoastalDEM), salah satu model yang lebih tepat meramalkan beberapa bandar besar di dunia bakal ditenggelami air.
Para saintis meramalkan bahawa penduduk yang berada di persisiran pantai bakal menerima kesan yang lebih teruk dengan paras air laut dijangka bakal meningkat sebanyak dua hingga tujuh kaki – dan mungkin lebih – sepanjang abad ke-21.
Manakala pada tahun 2050, rumah kepada kira-kira 300 juta orang bakal dilanda banjir sekurang-kurangnya sekali setahun.
Kesan di Malaysia
Menurut kajian terbabit, beberapa bandar di Malaysia bakal menerima kesan yang buruk apabila ada beberapa tempat yang bakal tenggelam atau membentuk sebuah pulau.
Alor Setar, Kuala Terengganu dan Kuching bakal membentuk sebuah pulau. Manakala Muar, Pekan, Port Klang dan beberapa tempat di sekitar negeri Perak bakal tenggelam.
Kesan peringkatan global
Di peringkat global, populasi Asia bakal menerima kesan yang lebih teruk apabila angka mencatatkan lebih 70% kawasan yang terdedah kepada kenaikan paras air – China, Bangladesh, India, Vietnam, Indonesia, Thailand, Filipina dan Jepun.
Di UK, kenaikan paras laut secara drastik akan menjejaskan kawasan utama seperti London serta kawasan pantai ke timur.
Kesan kepada penduduk dunia
Kawasan persisiran pantai yang semakin meningkat bakal mencipta gelombang pelarian iklim (climate refugee). Ramai orang akan dipaksa untuk berpindah dan mereka semua tidak dilindungi oleh Undang-Undang Antarabangsa, menjadikan negara-negara lain boleh menolak untuk memberikan mereka suaka.
Peningkatan paras laut ini juga bakal menyumbang kepada suhu global yang tinggi dan memberi kesan kepada bahan makanan yang datang dari hasil tanaman. Ini akan memberi kesan kepada kekurangan makanan dan minuman, krisis kesihatan dan ekonomi global yang terganggu.
Sumber: The vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.
0 Response to "Tiga Lokasi Di Malaysia Bakal Tenggelam Menjelang 2050"