Tragedi ‘Mosh Pit’ Bawa Maut, Lapan Orang Mati Kena Hempap Di Konsert Travis Scott
“Terdapat banyak soalan yang tidak dijawab, ” kata Turner. “Dalam beberapa hari akan datang, beberapa minggu, mungkin lebih lama lagi, kami akan melihat secara mendalam semua yang berlaku, mengapa ia berlaku, apakah langkah yang boleh kami lakukan untuk mengurangkan insiden seperti ini daripada berlaku.”
Kira-kira 50,000 orang hadir ke festival muzik Houstan dan kejadian dihempap tersebut bermula sejurus selepas jam 9 malam. Melalui video semasa acara itu berlangsung, Travis Scott yang semasa itu sedang beraksi di atas pentas berhenti dan melihat dalam keadaan terpinga-pinga ketika ambulans hadir di antara kepadatan lautan manusia.People were really jumping on the cars of security personnel when they were trying to get to unconscious people in the crowd. This shit is disgusting. Look at these weirdos. #ASTROWORLDFest pic.twitter.com/Ctc0cvgBUV
— Squirt Reynolds (@SquirtReynoIds) November 6, 2021
Gerardo Abad Garcia, berumur 25 tahun berkata kepada La Times dia melihat orang melompat pagar masuk ke konsert. “Ada beberapa orang yang berada di luar kawalan, ‘Saya di sini untuk mosh, saya di sini untuk menumbuk,'” katanya sambil menggambarkan tingkah laku orang lain.
Manakala T.J. Yalda, berusia 32 tahun berkata, “Ia biasa terjadi. Terdapat terlalu ramai kanak-kanak,” kata Yalda sambil berdiri di tempat letak kereta bersama kumpulannya yang lain. “Ia seperti bermain dengan api,” katanya sambil menceritakan pengalaman di salah satu mosh pit, seorang pemuda memukul mukanya dan pecahkan bibirnya, kata Yalda.
Festival ini, yang dianjurkan oleh penyanyi rap kelahiran Houston, Travis dijadualkan berlangsung dari Jumaat hingga Sabtu. Bagaimanapun, pihak penganjur berkata konsert malam kedua yang dirancang untuk hari ini akan dibatalkan. Festival ini dijadualkan menampilkan artis termasuk SZA, Bad Bunny dan 21 Savage.
Sumber: The Vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.
0 Response to "Tragedi ‘Mosh Pit’ Bawa Maut, Lapan Orang Mati Kena Hempap Di Konsert Travis Scott"