Trauma Lihat Mangsa Meninggal Dunia Ketika ‘Hiking’, Perkongsian Wanita Ini Tarik Perhatian Netizen


Ketika ini, boleh dikatakan ramai orang mula 
mendaki ke bukit atau gunung untuk menikmati alam semulajadi selepas lama terkurung di rumah. Malah, anda pasti tidak akan melepaskan peluang jika dapat menyaksikan sendiri keindahan alam walaupun perlu berjalan jauh.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @amizaazlin berkongsi dirinya berasa trauma apabila melihat seorang wanita tidak sedarkan diri dibawa turun oleh kakitangan Taman-Taman Sabah. Malah, mangsa telah diberi bantuan kecemasan dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas.

@amizaazlin Reply to @noorisjati ♬ Calm Humming - Nasheed

Difahamkan, mangsa dikatakan mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri ketika dalam perjalanan mendaki bukit di Pulau Bohey Dulang. Kejadian tersebut membuatkan Amiza berasa takut sebelum memulakan perjalannya.

Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mendoakan mangsa tersebut. Hal itu juga membuka mata segelintir netizen bahawa sebenarnya bukannya boleh ‘hiking’ tanpa keadaan fizikal yang bersedia. 

Malah, para netizen mengatakan sebelum ‘hiking’ seharusnya tahu keupayaan diri dan tidak terlalu memaksa diri untuk melakukan aktiviti lasak itu. Bukan itu sahaja, rata-rata netizen menyarankan agar mereka yang mahu ‘hiking’ selepas ini untuk pastikan diri ‘fit’ dahulu dan tahu kemampuan diri.

Sumber: The vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.