Trend TikTok Anak Muda ‘Salam Dari Binjai’ Ranapkan Kebun Pisang Milik Orang Kampung
Namun, setiap trend yang menjadi viral tidak selalunya berkisar pada kebaikan. Melalui laporan Kompas, sekumpulan anak muda di Kabupaten Lamongan, Jawa Timur, jelas belum cukup matang untuk mengetahui bahawa tidak semua pokok pisang layak untuk dihancurkan. Disebabkan hanya mahu mengikut trend, mereka telah bertindak menghancurkan kebun pisang milik seorang penduduk Kampung Surabayan.
Kejadian ini rupanya tidak hanya berlaku di Kampung Surabayan, ia turut berlaku di Deli Serdang, Sumatera Utara. Seorang penduduk bernama Alhafizu memberitahu media mengenai pengalamannya menangkap sekumpulan anak muda memukul pokok pisang di hadapan rumahnya. Apabila ditegur, budak-budak itu pun berkata, “Salam dari Binjai!”
Apabila Alhafizu cuba untuk menasihat anak muda tersebut, situasi rupanya menjadi lebih teruk. Pokok pisang yang besar dan sedang berbuah turut dibantai oleh segerombolan anak muda sehingga ia senget. Alhafizu yang jelas kecewa dengan tindakan anak muda itu berkata kepada Detik bahawa ibu bapa sepatutnya memain peranan dalam memastikan anak mereka tidak melihat kandungan video yang boleh memberi kesan buruk kepada orang.
Di Twitter, warga Indonesia turut berkongsi pengalaman mereka terhadap trend ‘Salam dari Binjai’ dan kejadian serupa turut terjadi di kawasan mereka.
Gara gara "salam dari Binjai" lagi viral, emakku yang emang di Binjai, telpon sambil heran
— Ulan Sabit (@ulansabit) November 1, 2021
Emak: wul, aneh deh, masak pohon pisang mama, tumbang 3. Kok bisa ya?
😞
💙 TADI GURU GUE CERITA KATANYA GARA GARA SALAM DARI B I N J A I VlRAL TEMEN SEKOLAH GUE ADA YANG NYOBA MUKULIN POHON PISANG SEKOLAH SAMPE PULUHAN POHON TUMBANG
— 💙 (@convomf) November 1, 2021
Setakat ini, trend yang tular di TikTok ini tidak memberi kesan yang besar di Malaysia. Tiada lagi laporan anak muda di Malaysia merosakkan pokok pisang milik orang kampung. Namun melihat daripada kejadian yang terjadi di Indonesia, diharapkan kelakukan ini tidak lagi ditiru oleh anak muda di Malaysia.
Sumber: The Vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.
0 Response to "Trend TikTok Anak Muda ‘Salam Dari Binjai’ Ranapkan Kebun Pisang Milik Orang Kampung"