Tular Video Proton Wira Togel, ‘Pomen’ Bengkel Janji Siapkan Dalam Masa Seminggu
Menurut wanita itu, dia meninggalkan keretanya di bengkel tersebut pada awal Perintah Kawal Pergerakkan (PKP) tahun lalu kerana bateri keretanya telah mati. Disebabkan kereta itu akan duduk jangka masa yang agak lama, jadi dia mengambil keputusan untuk mengubahsuai kereta Wira tersebut menjadi ‘Evo’.
Tambahnya lagi, dia telah menghabiskan sekurang-kurangnya RM12,000 secara ansuran untuk proses pengubahsuaian kereta tersebut. Namun, setiap kali wanita ini menanyakan bagaimana keadaan atau mahu melawat untuk melihat keretanya, pemilik bengkel tersebut sering kali memberikan seribu satu alasan supaya wanita ini tidak dapat melihat keretanya sendiri.
@ain_jeman Sedih lagi banyak dari marah 🥲 banyak kenangan dengan kereta ni 🥲 orang jb tolong ainnn pleasee 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 #viralvideo #fypシ #fypage
♬ Sedih - Instrumental - Asraf Studio
Setelah perkara itu tular mendapat liputan di seluruh media sosial, wanita ini memuat naik video terbaru di mana pomen bengkel tersebut secara ‘tiba-tiba’ menghantar mesej WhatsApp berjanji akan menyiapkan kereta tersebut pada hari Sabtu minggu ini.
Tambah pomen itu lagi, semasa wanita tersebut pergi ke bengkel tersebut secara mengejut, kereta itu kelihatan ‘togel’ kerana mendakwa enjin masih belum dipasang oleh sebab ada perubahan. Dia turut menyatakan kereta tersebut boleh diambil semula pada hari Sabtu ini andai kata kesemuanya komponen sudah siap dipasang dan dicat semula.
Mesej WhatsApp yang dihantar oleh pomen tersebut membuatkan pengguna TikTok yang lain meminta wanita ini membawa kawan yang berpengalaman supaya memastikan kereta tersebut diserahkan dalam keadaan yang baik seperti yang dijanjikan.
0 Response to "Tular Video Proton Wira Togel, ‘Pomen’ Bengkel Janji Siapkan Dalam Masa Seminggu"