Walaupun Nampak ‘Uzur’, Orang Ramai Tergamam Lihat Proton Saga Mampu Tarik Lori Treler


Pada akhir bulan lalu, 
aksi Myvi menarik sebuah lori yang rosak telah menjadi bualan orang ramai yang rata-rata seperti tidak percaya kemampuan kereta hatchback itu mampu berbuat sedemikian.

Namun baru-baru ini sekali lagi kereta buatan Malaysia membuat kejutan kepada orang ramai apabila sebuah Proton Saga lama yang turut dikenali ramai sebagai model ‘Proton Saga Kereta Kebal’ telah menarik sebuah lori treler yang terperangkap di kawasan kebun.


Pemandu kereta Saga tersebut dilihat bersungguh-sungguh menekan minyak sehingga bahagian hadapan kereta mengeluarkan asap putih untuk menyelamatkan lori treler yang tersangkut itu.

Video tersebut telah mendapat lebih tiga ribu kali perkongsian daripada para netizen yang berasa kagum dengan kemampuan kereta Proton Saga yang nampak berusia serta uzur, namun mampu menarik lori treler yang mempunyai saiz yang berganda-ganda lebih besar berbanding kereta Saga tersebut.

Para netizen juga menegaskan jangan menilai sesuatu benda pada reka bentuk serta keadaan luaran kereta tersebut, namun nilailah apa yang sesuatu benda itu masih dapat membantu semasa detik-detik yang memerlukan.

Proton Saga merupakan kereta nasional pertama yang diperkenalkan pada tahun 1985 dan telah mencapai beberapa rekod seperti model yang paling lama dikeluarkan dengan lebih 1.8 juta unit dalam tempoh 35 tahun.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.