Berang Dengan Majikan, Wanita Di Thailand ‘Letupkan’ Gudang Minyak
Kebakaran yang merebak ke seluruh bangunan yang digunakan untuk menyimpan beribu-ribu liter tangki minyak telah menyebabkan syarikat itu rugi lebih 40 juta baht Thailand atau sekitar RM5 juta. Foto atau video yang tersebar di media sosial menunjukkan bebola api dan asap tebal berwarna hitam naik ke udara di wilayah Nakhon Pathom.
รับแจ้งจาก ปชช. ในพื้นที่ฯ ว่า อาสาฯ มาอยู่ตรงตลาดเยอะ
— Fire Department (@FireDept33) November 29, 2021
ด้านฝั่งหมู่บ้านนิศาชลไม่ค่อยมีเลย อาคารฝั่งข้ามโดนด้วย #เพลิงไหม้ตลาดธัญญาอ้อมใหญ่ 14.02 น. pic.twitter.com/pxc7jjrWex
Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seseorang yang disyaki Sriya masuk ke dalam gudang dengan sehelai kertas di tangannya kemudian hilang di sebalik deretan kontena di unit rak. Api kemudiannya dilihat marak dari dua lokasi di belakang kontena.
Dipetik dari The Independent, Leftenan Jeneral Provinsi Thanayut Wuttijarathamron berkata Sriya ditangkap di rumahnya di daerah Sam Phran. Dia yang pada mulanya didakwa akhirnya mengaku kepada polis bahawa dia telah melakukan perbuatan tersebut kerana marah dengan majikannya yang mempersoalkan prestasi kerjanya.
#เพลิงไหม้พื้นที่อ้อมใหญ่ 13.43 น. pic.twitter.com/8RObCVJBlB
— Fire Department (@FireDept33) November 29, 2021
Ini adalah kali kedua kebakaran berlaku di kilang itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini, menurut Mejar Jeneral Chomchawin Purthananon. “Wanita itu telah bekerja untuk Prapakorn Oil selama sembilan tahun,” lapor MailOnline. “Dia berkata bosnya mengadu kepadanya dan mendesak dia setiap hari, dan tidak menyangka kebakaran yang dia mulakan menyebabkan kerosakan seperti ini.”
Lebih 40 jentera bomba menghabiskan masa empat jam untuk memadamkan kebakaran, menurut MailOnline. Pakar dari Unit perlindungan alam sekitar juga dihantar ke tempat kejadian untuk memantau kualiti air di terusan Khlong Om Yai, lapor Bangkok Post. Sriya kini dilaporkan kekal dalam tahanan sementara polis meneruskan siasatan mereka.
Sumber: The vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.
0 Response to "Berang Dengan Majikan, Wanita Di Thailand ‘Letupkan’ Gudang Minyak"