Enam Pelajar Digantung Sekolah Serta-Merta, Dicadang Ditamatkan Pengajian Di MRSM
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) turut mencadangkan pelajar terbabit ditamatkan pengajian mereka di institusi itu.
“Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) MRSM sudah memanggil 10 pelajar yang terbabit dengan insiden berkenaan.
#Kesbuli: Enam pelajar digantung sekolah dua minggu serta-merta, dicadang ditamatkan pengajian di MRSM - Mahdzir Khalid@PDRMsia @KemPendidikan pic.twitter.com/h7IcTxnKKV
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 11, 2021
“Dalam laporan yang disediakan, enam pelajar terbabit memukul mangsa manakala empat pelajar yang berada di lokasi kejadian didapati bersubahat dan membuat provokasi. Pelajar-pelajar ini berada di Tingkatan 1 hingga tingkatan 3,” katanya kepada Harian Metro.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Padang Terap, Naka di sini, hari ini.
Mara sangat mengambil serius kejadian buli membabitkan pelajar di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan tindakan sewajarnya akan diambil. Mahdzir turut berkata pihaknya tidak akan mencampuri urusan siasatan dan menyerahkan soal siasatan kepada pihak polis.
“Malang bagi MRSM yang mempunyai pelajar-pelajar yang pandai, dipanggil temuduga sebagai saringan, kualiti pendidikan, ko-kurikulum dan jati diri mereka diambil kira untuk kemasukan ke MRSM.
“Tetapi masih juga berlaku lagi kejadian seumpama itu, jadi saya rasa amat kecewa kerana mereka tidak sepatutnya terdedah dengan perbuatan itu,” katanya.
Sumber: The vocket
PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.
0 Response to "Enam Pelajar Digantung Sekolah Serta-Merta, Dicadang Ditamatkan Pengajian Di MRSM"