-->
banner here
Powered by Blogger.

Gah Berlumba Persis ‘Fast & Furious’, Akhirnya Dikejar Dan Ditahan Kereta Peronda Polis

advertise here


Sesiapa yang pernah menggunakan jalan Kuala Kubu Baru-Raub, pasti akan terserempak dengan kumpulan-kumpulan kereta yang memandu dalam keadaan yang berbahaya sehingga boleh mengundang kemalangan.

Pada hari Sabtu lalu, seorang pengguna jalan tersebut yang dikenali sebagai Khairul Anwar telah merakam aksi MPV polis mengejar sebuah Mercedes-Benz C180 dan Nissan Skyline GT-R yang sedang berlumba dan memotong pengguna jalan raya lain dalam keadaan berbahaya.

Pada awal-awal video itu, kelihatan pemandu Mercedes berwarna merah telah memotong kereta Khairul di laluan yang sempit. Selang beberapa saat kemudian, datang sebuah Nissan Skyline dari belakang cuba mengejar Mercedes tersebut.

Kedua-dua pemandu itu dilihat menekan minyak dan memotong kenderaan lain yang sedang melalui jambatan dan mereka terus hilang dari pandangan setelah memecut di kawasan selekoh jalan.

Tidak lama kemudian, sebuah MPV polis dari arah bertentangan telah membuat pusingan U dan mengejar mereka setelah menyedari kedua-dua kenderaan tersebut sedang berlumba antara satu sama lain.

Di akhir video rakaman dashcam tersebut, Honda Civic polis itu dilihat telah berjaya menahan kedua-dua pemandu di tepi jalan dan disoal siasat atas kesalahan memandu dalam keadaan yang berbahaya.

Rata-rata orang ramai memuji anggota polis yang bertugas ketika itu kerana berjaya menahan kedua-dua pemandu yang membawa kereta dalam keadaan sangat berbahaya yang boleh menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Tambah orang ramai lagi, penggunaan Honda Civic ‘Ketam’ sangat membantu pihak polis ketika insiden kejar-mengejar yang memerlukan kelajuan yang tinggi dalam membanteras salah laku undang-undang atas jalan raya di negara ini.

*Ikuti perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara melalui laman Facebook terbaharu kami, Vocket Car Club.

Sumber: The vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.