Kerajaan Ingin Kekang Kandungan Sensitif Pada Perkhidmatan Penstriman Seperti Netflix


Pada hari ini semua orang boleh mengakses pelbagai konten menarik menerusi 
platform penstriman seperti Netflix, HBO Max dan seumpamanya. Sejumlah konten antarabangsa daripada tajuk terkemuka yang boleh ditonton tanpa sebarang sekatan kandungan sensitif di platform berkenaan.

Terkini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, TS Annuar Musa sedang mengkaji semula undang-undang bagi membolehkan pihak berkuasa memantau dan mengawal kandungan perkhidmatan penstriman seperti Netflix.

Mengikut undang-undang yang sedia ada, ia masih tidak boleh digunakan kepada mereka yang menyediakan perkhidmatan penstriman dan juga syarikat yang beroperasi di luar negara. Difahamkan cabaran ini bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi di banyak negara, oleh itu kerajaan sedang mencari jalan untuk melakukannya.

Hal ini menjadi perhatian kerana penawaran konten yang mengandungi pelbagai unsur sensitif termasuklah transgendergaylesbian dan sebagainya di Netflix.  Setakat ini, kementerian hanya boleh menjalankan program kesedaran untuk mendidik orang ramai membuat keputusan yang lebih rasional terhadap kandungan yang mereka langgan.

Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat rancangan berkenaan yang dianggap “terlalu sensitif”, kementeriannya akan berurusan bersama penyedia perkhidmatan dengan tujuan meminta mereka menyemak penyiaran kandungan terlebih dahulu sebelum ditayangkan di Malaysia.

Netflix juga sudahpun mengesyorkan umur yang bersesuaian untuk semua kandungannya dan juga kawalan ibu bapa dengan kata laluan untuk menghalang kanak-kanak daripada menonton rancangan yang ditujukan kepada orang dewasa. Ini bermaksud ibu bapa perlu mengambil langkah yang lebih proaktif untuk memantau konten anak-anak mereka.

Sumber: The vocket

PERHATIAN Pihak Malaysia Sinar Harian tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Malaysia Sinar Harian juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri Terima kasih.